InstaForex

Total Pageviews

Friday 17 December 2010

Forex - Jadilah Pelabur Yang Bijak

Terdapat banyak iklan-iklan dan tawaran-tawaran yang dibuat di forum-forum laman web dan enjin carian yang menjanjikan pulangan yang lumayan apabila anda melabur wang anda dengan individu atau sesebuah syarikat. Apabila kita berkata pasal wang, siapa yang tak mahu wang!... siapa yang tak mahu kaya!...Bagi mereka yang memiliki sedikit wang tentu mereka mahu mengandakan wang tersebut dan bagi mereka yang memiliki banyak wang, mereka akan berusaha untuk memperbanyakkannya lagi. Sebagai seorang islam yang mukmin, sebelum kita memulakan sesuatu pelaburan itu, kita wajib mengetahui samada pelaburan yang dibuat itu mengikut hukum syarak' atau tidak? Kita wajib mengetahui hukum-hukum dan peraturan pelaburan secara islam untuk mengelakkan kita terjebak dengan Riba'. Allah menghalalkan Perniagaan dan mengharamkan Riba'.
Apakah jaminan individu atau syarikat berkenaan terhadap pelaburan anda?
Adakah pelaburan anda itu selamat atau tidak?
Sejauh mana kejujuran individu atau syarikat itu mengendalikan pelaburan anda?
Jikalau ada pun individu atau syarikat yang benar-benar jujur dan betul di dalam mengendalikan pelaburan anda itu tetapi diakhirnya tiada keuntungan dan rugi maka adakah anda sanggup menanggung risikonya?
Ini adalah diantara soalan-solan yang anda perlu perhatikan sebelum membuat sebarang pelaburan.

Apabila anda telah pasti dan tahu akan hukum-hukum dan peraturan-peraturan pelaburan di dalam Islam dan anda masih ingin mencuba dan meneruskan pelaburan tersebut maka anda telah meredakan diri anda untuk bersama-sama menanggung apa jua risiko yang akan dihadapi diakhir pelaburan tersebut.
Jika pelaburan itu berjaya mendapatkan keuntungan maka alhamdulillah....... tetapi jika sebaliknya maka kita terpaksa redha kerana kita hanya terdaya berusaha, namun Allah Ta'ala jua yang menentukannya. Ini lah Konsep Pelaburan Didalam Islam. Tidak akan timbul soal siapa tipu siapa didalam pelaburan tersebut. Peniaga yang jujur, tentu ingin sama-sama menikmati keuntungan dari pelaburan anda itu dan akan berusaha untuk menjayakannya. Hanya yang membezakkanya ialah Peniaga itu kekurangan modal dan hanya memiliki ilmu dan pengalaman dan dia lah juga yang dipertanggungjawabkan untuk berusaha mendapatkan keuntungan di dalam perniagaan tersebut. Dan Pelabur ialah orang yang memiliki dan mengeluarkan modal untuk perniagaan tersebut, tanpa perlu ada ilmu, pengalaman dan usaha untuk menjayakan perniagaan tersebut. Maka itu adalah Adil, masing-masing memiliki kelebihan masing-masing.
Jika ada keikhlasan dan kejujuran diantara Pelabur dan Peniaga, insyallah.....segala amal dan usaha yang baik akan membuahkan kejayaan. 
{ (Pelabur+Keikhlasan+Amal) (Peniaga+Kejujuran+Usaha) = KEJAYAAN } insyallah..........


Untuk Menjamin Keselamatan Wang Pelaburan Anda Dari Sebarang Penipuan.......JANGAN!!! melakukan perkara-perkara berikut:-
  • Jangan memberi wang pelaburan terus kepada individu atau syarikat untuk di laburkan di dalam pasaran Forex. Anda akan kehilangan Wang anda jika individu atau syarikat itu menghilangkan diri
  • Jangan memberi kebenarkan pada individu atau syarikat mengekses account anda dengan memberi no. account dan password anda dengan tujuan supaya mereka niagakan wang anda itu. Kerana apabila anda berbuat demekian, individu atau syarikat berkenaan boleh mengeluarkan wang tersebut dari account anda. Kemungkinan anda akan kehilangan Wang anda.
  • Jangan mengambil risiko dengan melaburkan wang anda di dalam program-program pelaburan forex yang tidak telus dan meragukan dari segi pengurusan kewangan terutama pengurusan wang pelabur anda.
Apakah Perkhidmatan Account PAMM-System Di Instaforex Company?
                 PAMM-System dari syarikat Instaforex ialah satu sistem perkhidmatan untuk para Pelabur 'Investor' yang ingin melabur wang mereka di pasaran forex melalui Pedagang Forex 'Trader'. Setiap pelanggan Instaforex boleh menerima pelaburan daripada pelanggan yang lain atau melabur di dalam account pelanggan yang lain dan menjadi pemilik saham didalam account tersebut.
Terdapat dua ketogari pelanggan di dalam Sistem Account PAMM:-
  • Pelanggan yang mendaftarkan account di PAMM-System sebagai Pelabur 'Investor'
  • Pelanggan yang mendaftarkan account di PAMM-System sebagai Pedagang 'Trader'
Dengan menggunakan Sistem PAMM-Account ini, para Pelabur 'Investor' boleh melaburkan wang mereka dengan Selamat di dalam  account Pedagang 'Trader' yang dipilih dengan tujuan untuk mendapatkan sebahagian dari keuntungan melalui syarat yang telah ditetapkan oleh 'Trader'. Proses pelaburan, pemindahan dana pelaburan dan pembahagian keuntungan adalah dibawah kawalan Instaforex dimana 'Investor' adalah menjadi pemilik saham didalam account 'Trader' tersebut mengikut jumlah dana yang dilaburkan. 
Sebelum 'Investor' melaburkan dana mereka di dalam account 'Trader' yang dipilih, beliau boleh melihat perstasi account dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh 'Trader' tersebut melalui PAMM-System dari segi pembahagian keuntungan, jumlah minimum pelaburan, jangkamasa pelaburan dan syarat-syarat yang lain. Jika 'Investor' bersetuju dengan syarat-syarat Trader tersebut, maka beliau bolehlah memasukkan dana pelaburan ke account 'Trader' tersebut untuk diniagakan.
Segala urusan pelanggan di bawah Perlhidmatan Sistem PAMM-account ini adalah dikawal oleh syarikat Instaforex dan pelanggan boleh melihat lapuran setiap perjalanan pelaburan, minat pelaburan dan keuntungan secara automatik. Setiap account 'Trader' boleh menerima jumlah pelaburan yang tiada hadnya bergantung kepada jumlah 'Investor' yang melabur, misalnya sehingga ratusan ribu US dollars dari setiap 'Investor' bergantung kepada minat pelaburan 'Investor' terhadap account 'Trader' tersebut.


Anda akan merasa lebih Yakin dan Selamat untuk melabur di dalam sistem PAMM-account Instaforex kerana:-
  • Segala urusan pelanggan baik "Investor' atau 'Trader' dari segi proses pelaburan, pemindahan dana pelaburan dan pembahagian keuntungan adalah di bawah kawalan dan pengawasan  Instraforex.  Jaminan Keselamatan Dana Pelaburan anda, dimana 'Trader' tidak boleh mengeluarkannya dan hanya membenarkan dana tersebut diperniagakan sahaja. 
  • Mempunyai ciri-ciri pelaburan Islam iaitu konsep pelaburan Mudharabbah
  • Sistem pelaburan yang lebih telus dan anda dapat melihat lapuran perjalanan pelaburan secara automatik.
Jadilah Pelabur Yang Bijak Dan Elakkan Diri Anda Dari  Sebarang Penipuan!!!


Untuk Keterangan Lanjut Berkenaan Perkhidmatan Sistem PAMM-account di Instaforex, layari laman web:  http://Instaforex.com


Untuk Keterangan cara-cara membuka account dan menjadi seorang Investor di PAMM-System Instaforex sila klik link di bawah:
PAMM-System Instaforex